Business Dropship

Ramai yang ingin buat duit online, atau dengan kata lain business online. Tapi tidak tahu bagaimana harus memulakan. Buntu bukan? Ramai yang dapat buat duit online dengan menggunakan Facebook, Instagram, Wechat, Twitter dan pelbagai lagi kaedah melalui penggunaan media sosial. Kaedah ini diguna pakai selalunya untuk menjual pelbagai barangan keperluan seperti baju-baju, tudung, jubah, kasut, peralatan eletronik, simkad dan lain-lain. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana mereka dapatkan barangan tersebut? Beli borongkah? banyak pula duit mereka.
Mesti persoalan ini selalunya bermain difikiran anda, betul bukan? Kebanyakan mereka tidak ada produk sendiri, tetapi menjadi ejen kepada pembekal. Tugas ejen ini hanyalah sebagai promoter dan membuat jualan. Ejen ini akan medapat komisen dari setiap jualan yang dihasilkan. Kaedah ini dipanggil sebagai dropship kerana sangat senang dan selalunya tidak memerlukan modal. Hanya perlu mendaftar sebagai ejen (kadang-kadang yuran ejen perlu dibayar sebelum menjual, bergantung kepada pembekal). Lagi satu, anda tidak perlu menyimpan barangan dirumah anda atau membuat penghantaran kerana semua itu telah dilakukan oleh pembekal. Anda boleh menggunakan Facebook, Instagram, We chat, Google+, Whatsapp dan lain-lain untuk mempromosikan produk yang anda jual.

Namun begitu, ramai juga yang tidak berjaya menghasilkan jualan yang memberangsangkan kerana kekurangan ilmu untuk membuat promosi. Malah tidak tahu untuk mengoptimumkan penggunaan media sosial yang dimiliki. Kaedah pemilihan barangan (dropship) juga memerlukan teknik dan penilaian yang betul kerana tidak semua produk yang dijual mempunyai permintaan yang tinggi dan menjadi keperluan pengguna. Jika anda berjaya memilih produk yang mempunyai margin yang tinggi dan laku keras pada masa yang sama menggunakan teknik tarik pelanggan atau pengiklanan yang berkesan, sudah tentu anda berjaya mengaut keuntungan yang luar biasa hanya dengan menjadi ejen jualan kepada pihak pembekal. Terdapat banyak website (produk) yang memerlukan ejen untuk membantu memasarkan barangan mereka. Untuk mengetahui barangan apa yang mempunyai market yang luas berkurun lamanya boleh la melihat disini produk laku keras dan margin tinggi.
Peluang untuk anda! Saya berbesar hati ingin beri e-book percuma “ 
Senarai Produk Laku dan Pembekal Tanpa Modal “. Ebook ini 
menyenaraikan pembekal-pembekal tanpa modal dan juga produk-
produk terlaris sepanjang tahun! Ebook ini adalah percuma hanya

untuk 20 orang terawal!


No posts.
No posts.